Dataran Lang

Sudah menjadi tanggapan jika kita melancong orang akan mengatakan kita banyak duit tetapi hakikatnya, ia tidaklah begitu mahal jika kita melancong ke dalam negara sendiri. Entri ini sesuai untuk mereka yang ingin melancong ke Langkawi samada lelaki bujang yang kacak, mahupun Lelaki Kacak yang sudah berkeluarga. Bagi Lelaki Kacak yang bujang tidak menjadi masalah kerana tiada halangan kewangan dan boleh mengambil cuti pada bila-bila masa. Berbeza pula dengan Lelaki Kacak yang sudah berumah tangga yang hanya boleh membawa anak-anak melancong ketika pada cuti sekolah itupun jika budget kewangan mencukupi. Berikut ialah tips yang boleh digunakan ketika ingin melancong ke Langkawi.

Homestay
Salah satu sifat lelaki kacak tidak seharusnya mudah berputus asa. Jika difikirkan penginapan konvensional di Langkawi seperti hotel dan penginapan lain adalah memerlukan belanja yang besar lebih-lebih lagi mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai. Lelaki Kacak boleh memilih penginapan homestay kerana ada homestay yang boleh memuatkan sehingga 15 orang pada satu-satu masa pada harga yang sama. Memang jimat melancong beramai-ramai.Antara homestay yang menjadi pilihan ialah Bumi Langkawi, Sue dan Walid Raja

Pengangkutan
Disini tiada pengangkutan awam seperti bas tetapi hanya mempunyai teksi sahaja. Adalah disarankan jika Lelaki Kacak yang ingin melancong ke Langkawi haruslah menyewa kenderaan bagi memudahkan Lelaki Kacak meronda-ronda sekitar Langkawi.

Rancang
Di Langkawi terdapat lebih 40 tempat tarikan pelancong yang boleh dilawati seperti makam mahsuri, telaga air hangat, galeria perdana dan macam-macam lagi. Jika hanya bercuti dalam waktu yang singkat, disarankan buat perancangan kemana hendak dituju supaya apa yang dirancang dapat dilawati dan dapat memastikan perbelanjaan terkawal.

Aktiviti
Selain kaya dengan tempat tarikan pelancong, Lelaki Kacak boleh menikmati keindahan alam semulajadi Langkawi melalui aktiviti seperti Island Hoping, Eagle Feeding, Canopy adventure dan bermacam-macam lagi. Untuk mengenal variasi makanan di Langkawi, Lelaki Kacak boleh juga singgah ke Pasar Malam yang diadakan tiap-tiap hari di beberapa kawasan di Langkawi.

Beli-belah
Walaupun aktiviti ini digemari kaum wanita, Lelaki Kacak juga boleh membeli belah pada harga yang lebih murah kerana Langkawi merupakan zon bebas cukai. Minyak wangi, coklat dan cenderamata yang lain banyak dijual di Kuah tetapi Lelaki Kacak tidak boleh beli dan hisap rokok atau minum minuman keras ye.. ๐Ÿ™‚

Cabaran SEO Lelaki Kacakย ini dianjurkan olehย Earncent.comย dan ditaja olehย LadfeAmir.com,ย SEO Apps,ย Bluedianthus.com,ย Hafizmohd.com,ย UmarFaruq.com,ย Hadi Hanafee,ย Jomtonton.net,ย Muaz Lelaki Kacak,ย Ohcikgu.com,ย BloggerWanita.com,ย Cyza Sector,ย LelakiAcai.comย Sabreehussin dot com,ย Abrablog.comย danย AhmadFaizal.com.

31 thoughts on “Lelaki Kacak ke Langkawi

    1. terima kasih..boleh pilih homestay yg sesuai..melancong ke langkawi jika dah bekeluarga bkn sesuatu yg mustahil sekarang ๐Ÿ™‚

    1. skang ni pon dh macam2 alternatif nk pi melancong ke Langkawi..selain dari pengangkutn..penginapan alternatif cam homestay leh membantu budget utk mereka yg bekelurga melancong ke langkawi ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.